Seekor tikus tanah yang merantau sejak sekian lama, telah kembali kekampung halamannya. Dia disambut dan dimuliakan oleh masyarakat tikus tanah apabila mendakwa boleh melihat tiap sesuatu dengan jelas. Maka berduyun-duyunlah tikus mengunjunginya saban hari untuk bertanyakan soalan dan kemusykilan atau mempelajari sesuatu darinya.
"Kapas sebenarnya berwarna hijau, beras berwarna hitam dan diri kita ini jika kamu boleh melihat dengan jelas sebenarnya berwarna biru." Katanya pada suatu hari dengan bersungguh-sungguh membuat setiap yang mendengar ternganga takjub.
Sedang rancak bercerita, dia dihampiri oleh seekor tikus tua memaklumi hakikat bahawa setiap tikus tanah tidak mempunyai penglihatan yang sempurna kerana habitatnya tinggal di lubang-lubang gelap bawah tanah.
Tikus yang tua itu meletakkan seketul belacan dihadapannya dan bertanya,"apa ini?"
Kerana menyangka tikus tua itu sama sahaja seperti tikus-tikus yang lain maka dengan pantas tikus muda itu menjwab,"batu"
"Anakku. Kau bukan sahaja buta...."kata tikus tua itu, "....malah telah kehilangan deria bau."
PENYERI KEBAHAGIAAN BABAH DAN MAMA